selamat datang...

selamat datang...

Friday, December 23, 2011

Sebuah Kedugaan


AIR MATA mula membasahi pipi tanda disedari... HATI mula lemah kerana tak mampu untuk mengawal emosi yang kian membara... MULUT mula menyoal kenapa jadi begitu... HATI cuba mengatasi perasaa itu dengan berzikir... AKAL tahu apa hikmahnya disebalik apa yang berlaku... MATA tak berhenti-henti mengeluarkan AIR MATA... HATI cuba memujuk namun MATA masih menangis... HATI memang TERLUKA namun ia cuba menghadapi KESEDIHAN... HATI tahu ia mampu... AKAL memberikan kata-kata semangat & motivasi kepada HATI & MATA... Lalu, MATA pun mula berhenti mengeluarkan AIR MATA & HATI mula REDHA dengan ketentuanNya...

p/s: Bersabar lah duhai hati...

Apabila diuji, janganlah mempersoalkan kenapa jadi begitu namn tanamkan lah sifat sabar di dalam hati... Redhalah disebalik apa yang terjadi... Luahkanlah isi hatimu kepadaNya... InsyaALLAH hati akan merasakan tenang... Sabar, redha & tawakkal kunci ketenangan...

cinta...

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni...dan
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari...
Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti.. 
Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.. cinta adalah bukan hanya untuk kekasih tetapi cinta untuk semua...

MENSYUKURI NIKMAT-NIKMAT ALLAH...

Allah berfirman:
“Jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(Surah An Nahl ayat 18).

Nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan kepada kita amatlah banyak,hingga tak terhitung jumlahnya.Nikmat yang paling penting dan paling besar yang telah Allah berikan kepada kita adalah nikmat Islam.
Selain nikmat iman,Allah juga telah memberikan kenikmatan-kenikmatan lain yang sering dilupakan oleh manusia antaranya ialah kesihatan,kedamaian,ketenteraman,harta,
keluarga,anak-anak,waktu terluang dan banyak lagi nikmat-nikmat lain yang Allah berikan kepada kita hamba-hambaNya.
Sebagai hambaNya yang telah diciptakan olehNya sudah selayaknya kita bertanya pada diri sendiri,setelah diberi kenikmatan yang tak terhingga banyaknya itu,apakah kita sebagai manusia bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita.Kalau ya,alhamdulillah.Kalau tidak,belajarlah bersyukur akan nikmatNya,bayangkanlah seandainya nikmat-nikmat itu ditarik balik oleh PenciptaNya,apakah akan terjadi….fikir2kanlah dan renung2kanlah…..

Memilih teman...

Renungilah.


Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik….
Terbaik dari segala hal….
Duniawi mahupun ukhrawi…
Kelak dirimu bahagia .

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik…..
Soleh dan solehah…..
Mukminin dan mukminat….
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat….
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik…..
Baginya dunia hanya sementara…
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi….
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik….
Al-Quran jadi panduan hidup…
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan….
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat…

Thursday, December 22, 2011

Istikharah Cinta with Lyrics by Sigma

tentang saya

assalamualaikum... w.b.t.
sekarang jam menunjukkan 1.00 a.m. saya baru berjaya meneroka ruangan baru iaitu blogger. 
saya terfikir create blogger selepas menolong my sis create blogger untuk pembelajaran beliau. dari situ saya pun teringin untuk mempunyai blogger sendiri. ternyata seronok jgk punye blogger sendiri yer.. boleh tulis mcm2 bnda dalam ni. n yang penting dapat meluahkan perasaan disini... mcm diari la plak..huhhuu tp xpelah saya suka.. salam dari miss eiyra.. slmt mlm sume... n bagi tunjuk ajar dalam melayari ruangan ini dengan lebih dalam lagi..hihihii